Miros Diberi Tanggungjawab Kenal Pasti Bagaimana Kemalangan Bas Berlaku

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) diberi tanggungjawab untuk mengenal pasti bagaimana kemalangan yang melibatkan bas dua tingkat di Kilometer 15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai yang mengorbankan 26 nyawa pagi Isnin berlaku.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata Miros akan mengumpul maklumat terperinci daripada pihak polis, Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapat gambaran sebenar mengenai kemalangan paling buruk dalam sejarah negara itu.

"Kita tidak boleh pastikan apa yang menyebabkan kemalangan berlaku, hanya Miros yang dapat jalankan analisis terperinci dan mendalam serta mengenal pasti sama ada ia disebabkan keadaan jalan raya itu atau kegagalan teknikal pada bas terbabit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau juga meminta supaya saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat yang dapat membantu siasatan polis berhubung kemalangan itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi tadi, 27 maut manakala 10 lagi tercedera selepas bas pesiaran dua tingkat yang membawa pelancong Thailand itu terbabas di Km15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.

Kong berkata pasukan penyiasat sedang mendapatkan maklumat mengenai kemalangan itu daripada penumpang bas yang terselamat dalam kejadian tersebut, namun keutamaan ketika ini ialah memberi rawatan yang diperlukan kepada mereka.

Beliau berkata pengusaha bas itu, Syarikat Bas SK Murni Tours & Travels yang berdaftar di Jitra, Kedah, mempunyai kira-kira 10 bas serta sebuah van, dan bas syarikat berkenaan sudah menjalani pemeriksaan Puspakom bulan lepas.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof yang menghubungi Bernama berkata siasatan terbaru mendapati San Express Holiday menyewa bas itu daripada syarikat SK Murni Tours & Travel.

"Kami dapati pemilik asal bas itu ialah syarikat SK Murni Tours & Travel. Kami tidak tahu sekiranya ada perjanjian tertentu di sebalik pemilikan bas berkenaan antara kedua-dua pihak," katanya dan menambah San Express Holiday merupakan penganjur kepada rombongan pelancongan itu.

Beliau berkata pihaknya akan memanggil kedua-dua pihak terbabit untuk memberi maklumat lebih terperinci berhubung pemilikan bas itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan