Mangsa Kemalangan Dihantar Pulang Ke Thailand Esok

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Thai sama ada yang terbunuh atau cedera dalam kemalangan ngeri bas di kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai Isnin, akan dihantar pulang ke tanah air mereka menggunakan pesawat pengangkut C-130 tentera udara Thai.

Timbalan jurucakap Kementerian Luar Thai Thani Thongpakdi dipetik oleh Bangkok Post Online sebagai berkata pesawat Hercules C-130 itu akan berlepas ke Malaysia kira-kira 8 pagi Rabu dari Terminal Tentera Udara Don Mueang.

Beliau berkata selain sepasukan doktor dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsulat Thai, Mathurapojana Ittharong yang menaiki pesawat itu, seorang anggota keluarga bagi setiap mangsa turut dibenarkan berada dalam penerbangan berkenaan.

Thani berkata beliau difahamkan bahawa syarikat yang mengendalikan pakej percutian itu memiliki polisi insurans yang melindungi semua penumpang.

Semalam, sebuah bas yang membawa pelancong warga Thai terbabas dan terbalik ketika dalam perjalanan menuruni pusat pelancongan Cameron Highlands, mengorbankan 27 orang dan mencederakan 10 yang lain dalam kemalangan jalan raya dipercayai paling buruk dalam sejarah Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan