Malaysia Beri Tumpuan Semua Negara Untuk Tarik Pelaburan Asing

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan memberi tumpuan kepada semua negara bagi menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini pada tahun hadapan.

Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata selain pasaran tradisi seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Jerman, Malaysia juga akan menarik pelaburan dari negara-negara teluk.

"Negara-negara teluk atau Timur Tengah ini mempunyai potensi yang besar. Malah sebahagiannya sudah melabur dan kita akan tingkatkan promosi," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama Editor di sini, Selasa.

Beliau berkata negara-negara tradisi juga masih menunjukkan minat yang tinggi di mana hari ini sahaja telah menyaksikan kerjasama antara DRB-HICOM Bhd dan Volkswagen AG (VWAG), dengan pelaburan hampir RM1 bilion.

"Perjanjian antara DRB dan Volkswagen adalah satu bukti keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia di mana Malaysia merupakan negara pertama Volkswagen akan mempunyai operasinya di Asean.

"Sebelum ini mereka hanya menjual di sini tetapi selepas ini tiga model akan dibuat di Pekan (Pahang). Mereka akan bermula dengan membekal keperluan Malaysia dan mempunyai perancangan untuk mengeksport (dari Malaysia)."

Beliau berkata potensi adalah besar daripada syarikat auto kedua terbesar di dunia ini.

Kedua-dua pihak sedang meninjau untuk memulakan pengeluaran pada suku keempat 2011 dengan pemasangan model Passat diikuti Polo dan Jetta, selaras dengan spesifikasi VWAG.

Selain pelaburan langsung asing, Mustapa berkata kementerian juga akan memberi tumpuan bagi menarik pelaburan langsung tempatan (DDI) pada tahun hadapan.

Katanya 73 peratus pelaburan langsung tempatan diperlukan di bawah 131 Projek Permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

FDI di Malaysia melonjak kepada RM17.1 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2010 berbanding hanya RM5 bilion yang dicatatkan bagi keseluruhan tahun lepas.

Mustapa juga optimis bahawa unjuran pelaburan asing pada tahun hadapan akan lebih baik berbanding tahun ini berlatarbelakangkan unjuran ekonomi dunia yang semakin baik. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan