Kemalangan Bas: Kementerian Pelancongan Hantar Ucapan Takziah Kepada Kerajaan Thai

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Thai berikutan kemalangan bas berhampiran Ipoh yang mengorbankan 27 pelancong warga Thai manakala 10 lagi cedera.

Timbalan Menterinya Datuk Dr James Dawos Mamit, dalam perutusan yang dihantar menerusi faks kepada Menteri Pelancongan dan Sukan Thai Chumpol Silapa-archa, berkata ia merupakan hari yang amat menyedihkan bagi semua petugas di Kementerian Pelancongan.

"Kata-kata sahaja tidak dapat menggambarkan perasaan dukacita ketika kami bersedih di atas kehilangan nyawa ini. Terimalah ucapan takziah kami bagi pihak keluarga yang terlibat dalam kemalangan itu," katanya.

Dawos berkata sebagai rakan dan negara berjiran, beliau memberi jaminan peribadinya bahawa kementeriannya akan bekerjasama dengan agensi yang berkaitan untuk melancarkan urusan yang perlu dilaksanakan.

Beliau berkata keutamaan kementerian itu adalah kesejahteraan mangsa yang terselamat dan akan melakukan sedaya upaya untuk membantu serta mempercepatkan urusan menyalurkan bantuan.

Pada Isnin, sebuah bas yang membawa pelancong warga Thai terbabas dan terbalik ketika menuruni pusat pelancongan Cameron Highlands, mengorbankan 27 orang dan mencederakan 10 yang lain dalam kemalangan jalan raya dipercayai paling buruk dalam sejarah Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan