Karnival Pengantin Terbesar Shah Alam Akhir Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Karnival Pengantin Terbesar dan Terhebat Shah Alam 2011 dijangka mengaut hasil jualan sebanyak RM100 juta apabila diadakan bermula 31 Disember sehingga 2 Januari di Stadium Malawati, di sini.

Dianjurkan DiRich Vision Sdn Bhd dengan kerjasama Tourism Selangor dan Putrajaya, karnival berkenaan turut menjangkakan kehadiran lebih 30,000 pengunjung berbanding 15,000 pengunjung pada Oktober lalu dengan jualan mencecah RM20,000 hingga RM30,000.

Pengarah DiRich Vision, Mohammad Reza berkata, pihaknya yakin dengan sasaran jualan itu yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh 70 hingga 80 peserta pameran yang sudah pun mengesahkan penyertaan mereka sehingga kini.

"Karnival ini mensasarkan bakal pengantin di sekitar Shah Alam yang benar-benar serius mencari penyedia perkhidmatan bersesuaian termasuk andaman, busana pengantin dan katering.

"Para pengunjung perlu mendaftar sama ada secara online atau di pintu masuk untuk mendapat hadiah cabutan bertuah lumayan iaitu tajaan pakej perkahwinan bernilai RM20,000," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar dan pelancaran Karnival Pengantin Terbesar dan Terhebat Shah Alam di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Tourism Malaysia Selangor dan Putrajaya, Mohammad Nor Ismail.

Pada majlis itu, pihak penganjur dengan sokongan penaja karnival itu bersetuju menyerahkan sumbangan RM15,000 kepada dana Tabung Bencana NSTP untuk meringankan bebanan mangsa bencana alam di negara ini.

Antara rakan penganjur utama karnival itu adalah majalah Stailista, laman web perkahwinan Setelkahwin.com dan perkhidmatan foto dan video perkahwinan, KrulMATRIC.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan