Imbuhan Penggiat Seni Dikaji Agar Setimpal Golongan Profesional : Rais

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang mengkaji imbuhan kepada penggiat seni dan budaya tempatan dalam usaha memantapkan industri kreatif negara bermula tahun depan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata usaha sedang dibuat supaya warga seni yang mempunyai kepakaran dan kebolehan termasuk pementasan muzik dan budaya mendapat pengiktirafan yang setimpal dengan profesional seperti kepakaran peguam dan jurutera.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Istana Budaya (IB) 2011 di sini Selasa, beliau berkata pengiktirafan imbuhan yang bersesuaian perlu diberikan kepada penggiat seni kreatif dari sektor awam mahupun swasta termasuk penulis, penyanyi, penari dan penggubah lagu.

"Kementerian akan mengkategorikan beberapa khidmat ulung industri kreatif itu supaya dilonjatkan pengiktirafan mereka menerusi imbuhan yang bukan (disebut) elaun atau gaji.

"Antara caranya ialah kami mentaklimatkan sejelas mungkin apa yang terkandung dalam industri kreativiti budaya dan seniman seperti penulis buku, penyanyi yang mencapai tahap tertentu...pakar tari dan penggubah lagu yang berjaya," katanya.

Rais turut memuji IB yang berjaya menarik khalayak dengan mendapat sambutan mencecah hampir 124,000 penonton iaitu melepasi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 120,000 bagi tahun ini.

Menurutnya IB akan meneruskan kecemerlangan menampilkan program dan persembahan yang lebih menarik pada tahun depan untuk sajian masyarakat terutama generasi muda dengan menampilkan 20 program tempatan dan luar negara sepanjang 2011.

Antaranya ialah pementasan teater muzikal Tun Mahathir 2, Don Quixote, Lat Kampung Boy, Wings Opera Hidup Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan, Terima Kasih Cinta, Konsert P. Ramlee, teater Semerah Padi, teater Naskhah Sastera, Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60an dan Magic Mirror The Musical.

Beliau berkata IB akan berusaha mementaskan teater yang lebih serius pada masa akan datang jika mendapat skrip yang baik termasuk pementasan novel 'Salina' karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

Rais berkata Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan akan bekerjasama rapat dengan IB dalam mementaskan persembahan teater ke negeri-negeri yang mempunyai kemudahan dan tempat yang sesuai seperti Negeri Sembilan dan Melaka.

Beliau juga berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedia menerima sebarang cadangan daripada pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung langkah menyekat kegiatan tidak bermoral yang dipaparkan di Internet untuk dijadikan panduan.

Rais berkata sebarang cadangan dan pandangan daripada pelbagai pihak harus diterima dalam usaha memantau kegiatan itu yang boleh menjejaskan akidah masyarakat.

"Di Malaysia belum timbul apa-apa sengketa dan kontroversi kegiatan tidak bermoral seperti gay dan ianya bukan menjadi amalan kehidupan masyarakat di negara ini," katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang lelaki yang mengaku berketurunan Melayu dan beragama Islam berusia 32 tahun membuat pendedahan berani melalui blognya bahawa dia seorang gay.

Rais berkata kerajaan tidak dapat mengawal dan menapis semua kandungan dalam Internet sebaliknya memantaunya daripada terus berleluasa. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan