Bekas Timbalan Pengerusi PKR Sabah Keluar Parti - Berita Semasa | mStar

Bekas Timbalan Pengerusi PKR Sabah Keluar Parti

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Awang Ahmad Sah Awang Sahari, mengumumkan keputusannya untuk keluar daripada parti itu yang didakwanya tidak mengamalkan demokrasi.

Awang Ahmad Sah, 51, berkata beliau sudah bosan dengan masalah dalaman parti itu yang tidak sepatutnya berlaku jika kepimpinan PKR mendengar keluhan rakyat.

"PKR bukannya satu platform yang baik untuk memperjuangkan hak penduduk Sabah," katanya.

Turut mengumumkan keputusan untuk keluar PKR ialah bekas ketua cabang Beaufort Lajim Yusof, 66. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan