Wakil Rakyat Tidak Faham Peraturan Tidak Layak Dipanggil YB - Abu Zahar

Diterbitkan: Isnin, 20 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Isnin, meluahkan perasaan kecewa terhadap sikap segelintir wakil rakyat yang tidak menghormati dan mematuhi peraturan di dalam dewan.

Beliau juga menyifatkan bahawa wakil rakyat yang bertindak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya sesuka hati, mereka tidak layak dipanggil Yang Berhormat (YB).

"Di dalam dewan, kita ada dua peraturan yang perlu dipatuhi. Satunya ialah bersumpah akan mempertahankan Perlembagaan Negara sebelum seseorang itu menjadi Senator dan yang keduanya ialah mematuhi peraturan mesyuarat yang dibekalkan kepada semua anggota dewan," katanya ketika berucap melancarkan buku 'Islam dan Persoalan Rasuah' di bangunan Parlimen, Isnin.

Abu Zahar berkata setiap kata-kata yang ingin dilontarkan mestilah berpandukan kepada peraturan tersebut di mana mereka perlu membaca, menghayati dan memahami peraturan mesyuarat.

Khamis lepas, sesi persidangan Dewan Rakyat kecoh disebabkan wakil pembangkang membantah pembentangan usul penggantungan ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi anggota Parlimen. Sementara itu, mengulas mengenai buku karya dua aktivis anti rasuah, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor dan Sapto Waluyo dari Indonesia itu, Abu Zahar berkata buku tersebut dapat dijadikan sebagai model dan rujukan untuk memerangi rasuah yang menjadi korupsi universal kebelakangan ini.

Mohamad Ezam berkata penghasilan buku itu amat penting kerana rasuah merupakan isu serius yang sering menimbulkan persoalan di kalangan manusia.

Beliau berkata rasuah bukanlah isu yang boleh dipolitikkan sebaliknya ia melibatkan hal-hal dan hukum agama.

Buku hasil usaha serius dan murni kalangan aktivis anti rasuah dan korupsi kedua-dua negara itu menggarap persoalan rasuah daripada asasnya yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah serta riwayat dan kisah pendukung-pendukung awal Islam di zaman kegemilangan Islam sebagai sebuah tamadun.

Buku setebal 286 muka surat itu dijual dengan harga RM37 senaskhah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan