Semua Alat Permainan Perlu Mempunyai Tanda MC Berkuatkuasa 1 Februari

Diterbitkan: Isnin, 20 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa 1 Februari depan semua alat permainan kanak-kanak perlu mempunyai tanda "MC" (Malaysian Conformity) sebagai bukti telah mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sehubungan itu mulai tarikh tersebut pihak Kementerian akan menyita semua alat permainan yang gagal mematuhi peraturan itu, kata Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Tan Lian Hoe hari ini.

Tan berkata ini kerana kementerian memandang serius terhadap kebanjiran alat permainan yang gagal memenuhi garis panduan tersebut, yang berupaya mengundang bahaya kepada kanak-kanak.

Katanya penguatkuasaan itu tidak terhad kepada alat permainan keluaran tempatan tetapi juga meliputi yang diimport.

"Kita tidak akan berkompromi lagi mengenai perkara ini kerana sudah beri masa yang panjang lebih satu tahun untuk pihak pengilang dan pengimport mematuhi standard keselamatan mainan kanak-kanak dengan perlunya ada tanda MC di setiap alat permainan tersebut.

"Jadi pada 1 Februari depan, alat-alat permainan "on the shelves" akan disita sekiranya tidak mempunyai tanda MC," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Keselamatan Barang Pengguna 2010 di sini, Isnin.

Beliau berkata mereka yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan kompaun melalui Seksyen 25, Akta 599 bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna, di mana bagi individu denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan untuk kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Sementara bagi pertubuhan, katanya akan dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM500,000.

Seramai 100 peserta terdiri daripada pengilang, pengimport, pengedar dan peruncit menyertai bengkel sehari itu yang bertujuan membincangkan mengenai pembangunan regim keselamatan barang pengguna khususnya mekanisme penarikan balik barang serta tindakan pembetulan bagi barang yang mengalami kecacatan atau tidak selamat di pasaran.

Dalam perkembangan lain, Tan berkata pihak kementerian akan mengkaji semula kelonggaran yang diberikan kepada rakyat Malaysia di sempadan yang menggunakan kereta pendaftaran asing untuk membeli minyak Ron 95 dengan menggunakan MyKad, kerana didapati ada yang telah menyalahgunakan keistimewaan tersebut dengan menjualnya kepada pihak luar.

"Memang ada laporan rakyat negara ini yang menyalahgunakan MyKad untuk beli Ron 95 dan jual kepada pihak asing, kementerian memandang serius akan perkara ini dan kami kesal kerana ada pihak cuba menyalahgunakan keistimewaan diberikan kerajaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan