Samy Vellu Akan Bantu Kempen BN Di Tenang

Diterbitkan: Isnin, 20 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Walaupun bukan lagi Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau akan turut berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang.

"Saya pergi sebagai penceramah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Alor Gajah di sini, Selasa.

Kerusi Tenang kosong setelah penyandangnya Datuk Sulaiman Taha daripada BN meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis.

Samy Vellu, yang melepaskan jawatan Presiden MIC kepada Datuk G.Palanivel pada 6 Disember lepas, berkata bahawa beliau akan memberi tumpuan kepada 1,700 pengundi India di kawasan itu.

Semasa berucap pada majlis itu, Samy Vellu berkata sejak 2008, kerajaan pusat memperuntukkan RM200 juta bagi membaik pulih atau membina bangunan baru SJKT di seluruh negara dalam usaha meningkatkan kemudahan pendidikan kepada masyarakat India.

Bangunan baru empat tingkat SJKT Alor Gajah bernilai RM3.3 juta dapat menampung 481 pelajar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan