RM2 Juta Bantu Peralatan Nelayan Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 20 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Kerajaan pusat meluluskan peruntukan RM2 juta untuk menyediakan peralatan menangkap ikan secara percuma kepada 144 nelayan Kelantan supaya mereka keluar dari kategori kemiskinan tegar.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata RM1.6 juta sudah dibelanjakan untuk membantu mereka memiliki peralatan seperti enjin, bot dan pukat.

"Ini bermakna kemiskinan tegar di kalangan nelayan di Kelantan terutama di Tumpat, Kota Baharu, Bachok dan Pasir Puteh sudah dapat diatasi," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan bot, enjin dan pukat kepada 35 nelayan Bachok di Pangkalan Petah di sini, Isnin.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Wan Adnan Wan Ibrahim ketika berucap pada majlis yang sama, berkata pihaknya sedang memproses permohonan ramai lagi nelayan untuk mendapatkan bantuan itu.

Katanya baki peruntukan sebanyak RM400,000 akan digunakan bagi tujuan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan