Pakatan Pembangkang Sahkan PAS Bertanding DUN Tenang

Diterbitkan: Isnin, 20 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Pakatan Rakyat pada Ahad mengesahkan bahawa PAS akan mewakili gabungan itu pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor nanti.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat ringkas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju agar pilihan raya kecil berkenaan diwakili PAS.

"Kita putuskan supaya Pakatan Rakyat akan diwakili oleh calon PAS. Calon PAS itu mewakili Pakatan Rakyat.

"Jadi Pakatan Rakyat bertanggungjawab bekerja sekeras mungkin di kawasan yang kita tahu tidak mudah," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini, Ahad.

PAS bertanding di kerusi DUN Tenang sejak 1999.

Selain itu Anwar berkata, komponen Pakatan Rakyat akan digerakkan bagi memastikan calon mereka memenangi pilihan raya tersebut.

"Kita dapat pengakuan yang cukup kuat oleh pimpinan DAP, PKR dan PAS untuk bekerja memenangkan calon kita... itu sangat penting," katanya.

Kerusi DUN Tenang kosong ekoran kematian penyandangkan, Datuk Sulaiman Taha pada Jumaat lepas.

Allahyarham Sulaiman meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan