Konsert Ambang 2011 Sasar Lebih 1 Juta Penonton

Diterbitkan: Isnin, 20 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Ambank menyasarkan lebih sejuta warga kota, pelancong dan pekerja asing menyaksikan konsert AMBANG 2011 KUALA LUMPUR bermula pada pukul 8 malam pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka di sini.

Konsert hebat itu dianjurkan oleh Kumpulan Ambank sejak 2003 dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, konsert seumpama itu yang diadakan buat kali keenam itu bertujuan untuk mewujudkan hubungan lebih erat dan mengukuhkan semangat muhibbah masyarakat dalam dan luar negara selain menunaikan usaha tanggungjawab sosial korporat.

Beliau berharap konsert tahun ini yang berkonsepkan 1Malaysia dengan artis-artis berbilang bangsa mampu menarik lebih ramai penyertaan orang ramai berbanding tahun sebelumnya.

"AMBANG 2011 KUALA LUMPUR akan disiarkan secara langsung melalui saluran TV2 dari pukul 10.15 malam hingga jam 1.15 pagi.

"Orang ramai dijangka berkumpul di situ sehingga muzik berhenti bermain," katanya pada sidang akhbar pengumuman konsert AMBANG 2011 KUALA LUMPUR di sini, Selasa.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Norhyati Ismail dan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan DBKL, Datuk Muhammad Sidek Khalid.

Artis-artis popular pada malam konsert itu termasuk Mizz Nina, legenda Rock Amy Search, pemenang Malaysia Idol 2 Daniel Lee, Datuk David Arumugam, M. Nasir, Ramlah Ram bersama dengan kumpulan pop rock sensasi Pop Shuvit.

Penonton juga berpeluang menyaksikan Tarian 1Malaysia dan tarian kebudayaan Melayu dari penari DBKL, tarian Cina dari kumpulan CN Dancez dan tarian India dari Vehaara Arts.

Hiburan turut dibawakan Kumpulan Gold Kartz dengan tarian dan muzik Bhangra, kumpulan tarian orang asli Mah Meri dan kumpulan The Singing Shop yang akan menyampaikan hits yang popular.

Ditanya mengenai kelainan atau kejutan pada konsert kali ini, Azman berkata, penganjur akan mengadunkan serta meningkatkan kebudayaan dengan penglibatan artis-artis berbilang bangsa.

Katanya, ia turut melibatkan penyanyi legenda dan sensasi masa kini yang mampu memenuhi citarasa pelbagai lapisan masyarakat.

Sementara itu, Norhyati memberitahu, sambutan orang ramai terhadap konsert tersebut amat menggalakkan dengan laporan AC Nielsen merekodkan seramai 800,000 penonton di semenanjung menyaksikannya.

Menurutnya, jumlah tersebut belum termasuk penonton dari Sabah dan Sarawak.

"Kita berharap lebih sejuta penonton dapat turun padang di Dataran Merdeka atau membuka saluran TV2 untuk sama-sama menyambut tahun baru," katanya.

Selain persembahan artis-artis popular, acara kemuncak konsert itu ialah pertunjukan bunga api yang menarik pada pukul 12 tengah malam untuk menyambut tahun baru.

Dalam pada itu, Muhammad Sidek berkata, DBKL akan mencantikkan kawasan persekitaran Dataran Merdeka selain meletakkan poster (bunting) tentang konsert tersebut lebih awal bagi memaklumkan kepada orang ramai.

Katanya, Orkestra DBKL turut membantu dalam persembahan pada malam itu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan