Anwar Gagal Kemuka Bukti Dakwaannya Dalam Isu APCO - Berita Semasa | mStar

Anwar Gagal Kemuka Bukti Dakwaannya Dalam Isu APCO

Diterbitkan: Isnin, 20 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan telah diberi peluang untuk membela diri dan mengemukakan bukti mengenai kenyataannya mengaitkan konsep 1Malaysia dan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kempen One Israel.

Anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Datuk Razali Ibrahim berkata, Anwar telah diberikan tempoh dua hari semasa sesi persidangan Dewan Rakyat minggu lepas untuk membela diri tetapi tidak mengambil peluang itu dan bertindak seolah-olah mahu melengah-lengah keputusan mengenai kes itu.

"Kami (Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen) telah beri ruang yang luas kepada beliau (Anwar) tapi dia tidak mengambil peluang itu.

"Dia cakap dia ada bukti dokumen mengenai dakwaannya, dan kami minta dia buktikan, tapi dia tidak pernah kemukakan bukti," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini Isnin.

Pada 16 Disember lalu Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel.

Keputusan untuk menggantung Anwar seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen itu, diluluskan oleh Dewan Rakyat tanpa sebarang perbahasan, dan ini telah mnecetuskan kekecohan dalam Dean apabila kesemua anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar.

Razali berkata Anwar sepatutnya mengambil peluang itu dengan mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya itu kerana beliau memang mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Katanya APCO Worldwide telah menghantar sepucuk surat kepada jawatankuasa itu bagi menafikan penglibatan syarikat itu dalam membantu kerajaan Malaysia membuat dasar, sebaliknya ia bertindak membantu meningkatkan perkhidmatan berkaitan komunikasi.

Selain Razali, jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin mulia, turut dianggotai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) dan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) yang dipertanggungjawab untuk membincangkan isu dakwaan Anwar itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan