WikiLeaks: DAP Nafi Jadi Dalang

Diterbitkan: Ahad, 19 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan tuduhan bahawa parti itu bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada Singapura berhubung pembabitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akitiviti liwat seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks sebagai tidak berasas.

Sebaliknya beliau menganggap tuduhan berkenaan sengaja dilakukan bagi mencemarkan imej parti itu.

Tegas beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, tiada bukti khusus yang boleh dikaitkan bagi menunjukkan DAP mempunyai hubungan dengan pentadbiran Singapura khususnya pasukan risikannya.

"Dari mana Wikileaks mendapat semua maklumat? Daripada hubungan diplomatik?

"Sekarang DAP masih belum mempunyai kuasa, jadi apa jenis hubungan yang DAP ada dengan pasukan risikan itu," katanya pada sidang media sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tuduhan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Hamidzun Khairuddin bahawa DAP bertanggungjawab menyalurkan maklumat seperti yang didedahkan WikiLeaks baru-bari ini.

Hamidzun menuntut supaya DAP membuat penjelasan mengenai maklumat yang diterima Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew berhubung penglibatan Anwar dalam aktiviti liwat.

Tuduhan Hamidzun itu berasaskan kepada keupayaan DAP memandangkan perincian kes itu berada dalam genggaman Pengerusi DAP, Karpal Singh yang turut bertindak sebagai peguam bela utama Anwar dalam kes liwat yang sedang dihadapinya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan