Pemilihan Gerakan Ditangguh Untuk Buat Persiapan Hadapi PRU 13: Koh - Berita Semasa | mStar

Pemilihan Gerakan Ditangguh Untuk Buat Persiapan Hadapi PRU 13: Koh

Diterbitkan: Ahad, 19 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gerakan akan menangguhkan pemilihan parti yang dijadual diadakan akhir tahun depan bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) parti tersebut di sini, Sabtu.

Penangguhan itu dibuat berdasarkan Fasal 43.1 perlembagaan parti yang membenarkan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) memperakukan kepada CC bahawa ia tidak melebihi tempoh 15 bulan daripada yang ditetapkan, iaitu pada 31 Dis tahun depan, tarikh pemilihan parti sepatutnya diadakan.

"Pemilihan akan ditangguhkan di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat. Keputusan ini bukan untuk mengelakkan proses prinsip demokrasi dalam parti, tetapi membolehkan parti membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat CC.

Beliau berkata prinsip demokrasi dalam parti akan terus diamalkan bagi memperkukuh organisasi parti di peringkat akar umbi selain terus berkhidmat kepada rakyat.

Mengenai anggota Parlimen parti pembangkang yang bertindak kurang sopan pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, Koh berkata ia dilihat sebagai "politik tanpa tanggungjawab dan mempunyai kesan yang negatif kepada negara".

"Ahli politik sekarang banyak bermain politik, banyak berdemonstrasi seolah-olah sejak pilihan raya umum 2008, kita tidak pernah berhenti berkempen," katanya.

Beliau berkata mereka perlu mempraktikkan politik kesederhanaan yang tidak memainkan sentimen rakyat secara keterlaluan tetapi secara bertanggungjawab dan berpatutan, seperti bekas pemimpin Gerakan mendiang Tun Dr Lim Chong Eu, yang pernah menjadi pemimpin pembangkang dalam tahun 1960-an.

"Pendirian Tun Dr Lim sebagai pembangkang adalah positif dan membina. Jika bercanggah pendapat, dia bukan buat kecoh malah mengunakan pendekatan yang membina dengan mengemukakan cadangan yang bernas pada waktu itu.

"Semuanya gentlemen, jauh berbeza daripada sekarang," katanya.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan