Pemaju Di KL Mesti Patuhi Garis Panduan Pembangunan Cerun: Ahmad Phesal

Diterbitkan: Ahad, 19 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua pemaju perumahan di Kuala Lumpur yang merancang membina projek mewah di cerun bukit mesti mematuhi garis panduan yang baru dikuatkuasakan Oktober lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Cerun Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2010 menetapkan syarat-syarat lebih ketat.

"Garis panduan ini menekankan aspek penyelesaian kejuruteraan dalam mempertimbangkan kelulusan sesuatu perancangan pembangunan dengan menetapkan syarat-syarat yang lebih ketat dan komprehensif," katanya.

Beliau berkata garis panduan itu turut menerapkan amalan pengurusan dan kejuruteraan terbaik dalam memastikan keselamatan keselamatan orang awam dan harta benda serta kepentingan alam sekitar dipelihara sepanjang masa.

Ahmad Phesal berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek perumahan di kawasan lereng bukit di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara yang dirancang dibangunkan dengan 16 unit banglo mewah oleh syarikat pembinaan Tetuan SDB Damansara Sdn Bhd.

Projek Jalan Setiabistari, yang dirancang sejak 2007, mendapat bantahan keras daripada para penduduk berhampiran yang bimbang dengan kekuatan lereng bukit itu untuk menampung projek berkenaan.

Ahmad Phesal berkata pihak pemaju telah diminta menyemak semula pelan perancangan tersebut selepas pihaknya mengadakan pertemuan dengan kira-kira 30 orang penduduk kawasan berkenaan.

Beliau berkata pertemuan akan turut diadakan antara pihak pemaju dan penduduk di kawasan itu bagi menyelesaikan segala masalah berbangkit.

Menjawab satu soalan, Ahmad Phesal menafikan dakwaan Persatuan Pembangunan Kampung Baru yang mendakwa mereka tidak diberikan penjelasan penggubalan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Bharu 2010.

Katanya kementerian telah menjelaskan beberapa kali mengenai perkara itu dan sentiasa bersikap terbuka terhadap rancangan pembangunan di Kuala Lumpur termasuklah Kampung Baru yang termaktub di dalam pelan pembangunan "Greater KL."

Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat Selasa lepas bertujuan mewujudkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu yang akan berfungsi sebagai perancang dan pengawal selia pembangunan Kampung Baru yang berusia 110 tahun meliputi tujuh buah kampung seluas 90.2 hektar dan mempunyai seramai 35,000 penduduk.

Perbadanan itu juga berfungsi untuk mempertahankan ciri-ciri Melayu termasuk penglibatan dan pewaris dalam peringkat lembaga pengarah dan lembaga penasihat.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan