Palanivel Mahu Tambah Pengundi MIC

Diterbitkan: Ahad, 19 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata, beliau mahu mendaftar pengundi dan ahli baru MIC yang kini didapati kira-kira 400,000 masyarakat India di seluruh negara yang belum berbuat demikian.

"Kita telah mulakan program mendaftar pengundi baru pada Ogos lepas dan kita telah gerakkan setiap bahagian MIC di seluruh negara untuk mencari pengundi India yang belum mendaftar.

"Matlamat yang kedua ialah kita mahu daftar mereka menjadi ahli MIC," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan bernilai RM20,000 sumbangan Pasaraya Giant kepada lebih 500 murid miskin di sini, Ahad.

Palanivel yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, beliau telah meletakkan syarat bahawa sesiapa yang berhasrat menjadi pemimpin cawangan parti, mesti mencari ahli MIC baru dan juga mendaftar mereka sebagai pengundi.

"Kita mahu ahli dan pengundi. Kita juga mahu ahli MIC mendaftar sebagai pengundi di tempat mereka. Ini kerana terdapat kes di mana ada di kalangan ahli MIC mengundi di kawasan lain," katanya.

Beliau juga berkata, MIC kini mempunyai kira-kira 600,000 ahli di seluruh negara.

"Kita mensasarkan satu juta ahli dan usaha untuk mencapai sasaran ini akan dijalankan berterusan di mana semua bahagian telah digerakkan," katanya.

Mengenai pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang yang bakal diadakan, beliau yakin Barisan Nasional akan mengekalkan kerusi tersebut.

Katanya, terdapat 12 peratus pengundi India di kawasan itu.

Mengenai pemilihan MIC, beliau berkata, pemilihan dijangka diadakan pada 2012 atau selepas itu.

"Kita akan bincang perkara ini sebab jika ada pilihan raya umum, kita akan tangguh pemilihan parti. Ini bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi pilihan raya umum," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan