Mayat Nelayan Dibaham Buaya Ditemui

Diterbitkan: Ahad, 19 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Mayat seorang nelayan berusia 66 tahun yang dibaham buaya, telah ditemui hari ini dalam keadaan bercerai-cerai hari ini di tebing Sungai Samarahan, tempat haiwan itu dilihat semalam.

Bahagian perut dan tangan kiri Sidi Samat ditemui pasukan mencari yang terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perbadanan Perhutanan Sarawak dan RELA pada 8.45 pagi.

Anak mangsa, Musa berkata ibunya menjadi bimbang selepas warga emas itu tidak pulang-pulang selepas keluar menjala udang awal pagi semalam, kira-kira 25 meter dari rumah mereka.

Sekitar pukul 11 pagi itu, seorang penduduk kampung dilaporkan ternampak kelibat seekor buaya berukuran 18 kaki berhampiran kawasan itu. Mayat Sidi kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Reban.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan