Lima Nelayan Nyaris Lemas Dihempas Ombak Besar

Diterbitkan: Ahad, 19 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: nelayan pukat tunda dari Pulau Duyong nyaris maut apabila enjin bot mereka rosak di tengah laut sebelum dihanyutkan ombak besar dalam satu kejadian petang Ahad.

Kelima-lima mangsa Jaunadi Che Mohd, 50, Azmi Daud, 24, Syukri Sapee, 19, Zainudin Aziz, 34, dan Hafizi Hamid, 26, dilaporkan keluar ke laut kira-kira pukul 9 pagi.

Bagaimanapun, apabila tiba di lima batu nautika dari Jeti Perikanan Pulau Kambing, pukat tunda bot nelayan itu dilaporkan tersangkut pada enjin bot berkenaan menyebabkan ia mengalami kerosakan.

Ekoran itu, bot mereka terus dihanyutkan ombak besar.

Seorang daripada mangsa, Hafizi berkata setelah beberapa kali bot mereka dihempas ombak besar mereka bertindak nekad terjun dan sebelum berenang hampir satu kilometer sebelum tiba di pantai Kuala Ibai pukul 6 petang.

"Sebelum terjun kami sempat memakai jaket keselamatan dan dalam keadaan ombak besar itu kami berenang ke pantai. "Masa itu kami ingat kami akan mati dah, tetapi Alhamdulillah umur kami masih panjang," katanya ketika ditemui di sini Ahad.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan