Konvensyen PR: Pembangkang Mahu Kerjasama Dengan BN Pulih Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 19 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Pakatan Rakyat sedia menggubal Akta Pemulihan Demokrasi sebagai langkah untuk memulihkan 'krisis kenegaraan' yang didakwa membebani kehidupan rakyat ketika ini.

Sehubungan itu pakatan pembangkang menawarkan kerjasama bagi mewujudkan sistem dwi-parti kepada Barisan Nasional (BN) bagi 'menyelamatkan negara yang semakin sempit' bagi menghadapi cabaran masa depan.

Akta Pemulihan Demokrasi yang merangkumi enam perkara pokok itu terkandung dalam deklarasi kempen memorandum yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan mengenai cadangan deklarasi berkenaan diedarkan kepada media pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua pada Ahad.

Enam perkara yang terkandung dalam akta berkenaan ialah bagi membatalkan semua pengisytiharan darurat, memansuhkan semua undang-undang anti demokratik, menunaikan perjanjian kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia, menjamin ketelusan pilihan raya umum, mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan dan mewujudkan kebebasan media.

Selain itu, kandungan deklarasi itu menyebut negara kini menghadapi krisis ekonomi yang tidak dapat diurus tadbir dengan baik selain krisis sosial menerusi dasar perkauman sempit yang didakwa diamalkan oleh kerajaan BN.

Pakatan Rakyat juga yakin bahawa menerusi Akta Pemulihan Demokrasi itu dapat memperkukuhkan perpaduan, membangunkan daya saing ekonomi berprestasi tinggi dan mapan, pengupayaan modal insan yang berwibawa dan membina jati diri bangsa Malaysia yang berpaksikan 'Ketuanan Perlembagaan'.

Bagi mendapatkan sokongan rakyat, Pakatan Rakyat akan melancarkan kempen Satu Juta Tandatangan bagi menyokong pembentangan akta berkenaan bermula 1 Januari dan berakhir 28 Februari depan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan