Kertas Siasatan Forensik Sime Darby Diserahkan Kepada Jabatan Peguam Negara

Diterbitkan: Ahad, 19 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kertas siasatan kajian forensik yang dijalankan terhadap syarikat konglomerat, Sime Darby Berhad (Sime Darby) telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi bagi tindakan selanjutnya, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata kerajaan memandang serius masalah penyelewengan dan mahu Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit melakukan perkara tidak bermoral itu.

"Kertas kajian forensik telah siap pada bulan September lepas dan satu mesyuarat khas juga telah diadakan yang kemudiannya membuat keputusan supaya (kertas kajian itu) diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi sebelum mengambil apa-apa tindakan.

"Sekiranya kerugian tersebut berpunca daripada kos operasi, itu adalah tanggungjawab kerajaan tetapi sekiranya berlaku disebabkan penyelewengan, perkara tersebut perlu dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata demikian selepas majlis taklimat khas Jalinan Rakyat, Pendaftaran Pemilih Baru dan Pelancaran Skuad Sayang Parlimen Tambun di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Jelapang di sini.

Kajian audit forensik bebas itu dijalankan oleh pakar-pakar luar daripada firma jururunding KPGM dan Deloitte serta sebuah firma guaman bebas.

Pada Mei tahun ini, Sime Darby mengumumkan kerugian lebih RM1.63 bilion berikutan berlakunya lebihan kos dalam beberapa projek di bawah Bahagian Tenaga dan Utilitinya.

Berikutan kenyataan itu, Pengerusi Sime Darby Tun Musa Hitam telah meminta Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 Nov ini, telah diminta bercuti.

Sime Darby pada 20 September lepas telah mengumumkan mengenai penemuan audit forensik ke atas kerugian yang berlaku dalam beberapa projek di bawah bahagian tenaga dan utiliti dengan perunding perundangan dan forensik menemui kes prima facie yang berkemungkinan terdapat kemungkaran tugas dan tanggungjawab serta perlakuan tidak sepatutnya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan