Fahaman Pluralisme Agama Bertentangan Dengan Islam: Jamil Khir

Diterbitkan: Ahad, 19 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Fahaman pluralisme agama adalah bertentangan dengan ajaran Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata fahaman pluralisme agama mampu membuat orang Islam terpesong dari landasan Islam sebenar.

"Fahaman pluralisme agama ialah satu kronologi yang dianggap sebagai kepelbagaian dan kemajmukan dengan membawa maksud semua agama adalah sama dan benar.

"Hal ini amat bertentangan dengan ajaran Islam sebenar kerana ia menyentuh soal akidah umat Islam.

"Islam adalah agama yang Ad-Din dan sempurna dan fahaman ini mampu memesongkan akidah umat Islam kerana membawa kesamarataan kepada semua agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Karnival Antarabangsa HR dan Jom Cegah Dadah di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas tentang pandangan tokoh Islam yang berpendapat bahawa golongan yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman pluralisme ala John Hick dan perlu ditentang kerana fahaman tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.

Jamil Khir bekata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa membuat pemantauan secara berterusan bagi membendung hal berkaitan agama Islam yang mampu memesongkan akidah masyarakat Islam.

"Kita akan melakukan kerja pemantauan secara berterusan dan penguatkuasaan akan dilaksanakan sekiranya ada maklumat berkaitan aktiviti yang membawa kepada kepincangan akidah," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan