Tindakan Tegas Terhadap Pensyarah, Penuntut Terlibat Ajaran Syiah

Diterbitkan: Sabtu, 18 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pentadbir institusi pengajian tinggi (IPT)awam dan swasta hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pensyarah atau penuntut yang terlibat dalam ajaran Syiah, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata fahaman Syiah bercanggah dengan ajaran Islam di negara ini.

Katanya kerajaan bimbang dengan penglibatan para pensyarah kerana perawakan mereka boleh membantu mengumpul ramai penyokong fahaman itu.

"Saya mahu pihak pentadbir universiti menumpukan kepada pensyarah kerana mereka mampu mempengaruhi orang lain terutamanya pelajar bagi menyekat ajaran ini daripada berleluasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah di Taman Johor Jaya di sini, Sabtu.

Mohamed Khaled diminta mengulas penahanan 200 pengikut Syiah di Selangor, termasuk pensyarah dan penuntut institusi pendidikan tinggi Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), dalam satu serbuan di tingkat empat sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves.

Anggota kumpulan itu, yang menggelarkan diri mereka Hauzah Ar-Ridha Alaihissalam, meliputi golongan pensyarah, penuntut institusi pendidikan tinggi, peguam dan pegawai kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled kata kementerian belum menerima laporan daripada polis mengenai penglibatan penuntut IPT dalam protes haram terhadap kenaikan tarif air baru-baru ini di Shah Alam dan Kuala Lumpur.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan