Tengku Mahkota Pahang Dimasukkan Ke HTAA Akibat Pendarahan Hidung

Diterbitkan: Sabtu, 18 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan Jumaat lalu akibat pendarahan hidung, berada dalam keadaan stabil.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sehingga hari ini, Tengku Abdullah masih menerima rawatan di Wad Diraja hospital berkenaan.

Beliau berkata baginda tidak perlu dibedah namun memerlukan rehat yang cukup sebelum memulakan sebarang tugas rasmi dan harian.

"Saya dimaklumkan oleh Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Rosnah Ismail bahawa baginda dimasukkan ke HTAA selepas mengadu berlaku pendarahan di hidungnya Jumaat lalu, walau bagaimanapun, baginda kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan," katanya kepada pemberita selepas program bersepadu memperkasakan komuniti di Felda Lurah Bilut di sini, Sabtu.

Liow yang akan menziarahi Tengku Abdullah esok, berkata pendarahan itu mungkin berlaku disebabkan kesibukan dan jadual tugasan padat baginda, termasuk di luar negara.

Khamis lalu, ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) di Pekan, Tengku Abdullah memaklumkan pemberita bahawa hidung baginda berdarah semasa berada di Guangzhou, China.

Baginda turut memaklumkan keadaan itu berlaku mungkin disebabkan perubahan cuaca di sana.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan