Sri Lanka Tawar Potensi Pelaburan Yang Besar

Diterbitkan: Sabtu, 18 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Malaysia, pelabur teratas di Sri Lanka, sepatutnya mengambil kesempatan daripada peluang daripada sektor pembinaan yang semakin berkembang di pulau itu yang kini dibuka untuk direbut oleh syarikat asing, kata seorang pegawai kanan perdagangan. Timbalan Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Datuk Mohamad Kamarudin Hassan berkata persekitaran mesra pelabur yang digalakkan oleh kerajaan Sri Lanka adalah kondusif bagi para pelabur Malaysia. "Kerajaannya mesra pelabur. Sektor infrastrukturnya semakin berkembang sejak berakhir perang. Kami berkeyakinan terhadap pertumbuhannya dan kini adalah masa yang tepat bagi syarikat Malaysia untuk melabur (di Sri Lanka)," katanya.

Malaysia muncul sebagai pelabur asing terbesar di Sri Lanka bagi tahun keempat berturut-turut pada 2009, dengan 18 projek komersil Malaysia yang dianggarkan bernilai RM3.2 bilion (US$910 juta).

Bank pusat negara itu mengunjurkan ekonominya berkembang 8.0 peratus pada 2011, sekaligus membuka prospek pembangunan infrastruktur yang mencukupi, terutama di wilayah utara dan timur yang pernah menjadi medan peperangan.

Birokrat negara pulau itu kini dengan segera membentuk semula ekonominya, sejak perang saudara berakhir pada Mei, 2009, dengan menyemak semula cukai korporatnya daripada 35 peratus kepada 28 peratus dan menurunkan kadar pinjaman untuk menarik modal asing bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.

Kini wujud lonjakan permintaan mendapatkan lebuhraya, hospital, perumahan dan sekolah yang kebanyakannya dalam keadaan yang menyedihkan berikutan persengketaan yang berpanjangan tetapi memerlukan sokongan ekonomi sebesar US$42 bilion (RM126 bilion).

Kamarudin mengetuai misi pemasaran tiga hari ke Sri Lanka, yang disokong oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo, dari 14 hingga 16 Disember, yang sebahagian besarnya menyasarkan sektor profesional dan perkhidmatan pembinaan. "Wujud keyakinan pelabur di sana dan kami berkeyakinan mwengenai pertumbuhan sektor itu kerana ia masih kekurangan infrastruktur seperti pusat peranginan, hotel dan lebuhraya," katanya, Sabtu.

Perdagangan dua hala Malaysia-Sri Lanka mencecah US$424 juta (RM1.27 bilion) pada tahun lepas manakala angka itu melepasi paras US$415 juta (RM1.24 bilion) antara Januari dan Oktober tahun ini.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan