SPRM Dan SC Temui Kemungkinan Berlaku Pelanggaran Undang-Undang Dalam Kes Sime Darby

Diterbitkan: Sabtu, 18 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) menemui kemungkinan berlaku pelanggaran Kanun Keseksaan dan Akta Syarikat dalam siasatan mengenai isu kerugian bahagian Tenaga dan Utiliti Sime Darby.

SPRM, SC, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan bersama berkata perkara itu ditemui selepas ia menyemak semula laporan Jawatankuasa Semakan Semula Laporan Siasatan Sime Darby yang dibuat pada 20 September lepas.

Menurut kenyataan itu, siasatan dibuat berkaitan empat projek utama iaitu Projek Petroleum Qatar, Projek Minyak Maersk Qatar, Projek Elektrik Hidro Bakun dan Projek Marin.

Menurutnya selepas membuat semakan semula, awal minggu ini SPRM dan SC mengadakan mesyuarat dengan PDRM dam SSM untuk berkongsi penemuan mereka mengenai kemungkinan berlaku pelanggaran di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Syarikat.

"Laporan yang berkaitan juga diserahkan kepada PDRM dan SSM untuk tindakan lanjut terhadap pelanggaran itu, yang berada di bawah bidang kuasa masing-masing," katanya.

Menurut kenyataan itu siasatan SPRM berkaitan rasuah di bawah Akta Anti Rasuah 1997 dan Akta Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia 2009 masih berjalan, dan SC pula berkata ia sudah menggerakkan siasatan bagi melihat kemungkinan berlaku pelanggaran Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

"Pada masa yang sama SC dan Bursa Malaysia bekerjasama rapat bagi mengenal pasti pelbagai pelanggaran dalam Keperluan Penyenaraian dan SC akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pihak yang melakukan pelanggaran itu," menurutnya.

Kenyataan itu berkata badan-badan penguatkuasaan itu akan bekerjasama bagi memastikan siasatan dibuat dengan terperinci dan menyeluruh. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan