Raja Muda Perlis Mahu Pelan Pembangunan Negeri Direncanakan Semula

Diterbitkan: Sabtu, 18 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu tindakan pasca banjir, termasuk merencanakan semula pelan pembangunan negeri dilakukan dengan mengambil kira keperluan pencegahan bencana itu.

Baginda bertitah pelan pembangunan di negeri ini perlu mengambil kira pelan pemampan banjir termasuk cadangan-cadangan sistem perparitan dan saliran yang diperlukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Walaupun bencana tidak boleh dielakkan tetapi usaha meminimumkan kerugian boleh dilakukan, titah baginda pada majlis penyerahan barangan bantuan banjir oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Galeri Diraja Arau pada Sabtu.

"Apa yang boleh kita lakukan adalah meminimumkan kadar korban jiwa, kemusnahan harta benda dan kerosakan melalui persiapan awal menghadapi sebarang kemungkinan. Ia mesti diambil serius oleh semua pihak," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Pengerusi YTSP bertitah masyarakat juga perlu mengambil tahu langkah menghindari wabak bawaan air akibat banjir.

Selain itu, masyarakat perlu disedarkan tentang peranan mereka bagi membantu pencegahan banjir termasuk dengan memastikan semua sungai di Perlis bersih dan bebas daripada sampah sarap dan kekotoran.

Dalam kejadian banjir yang disifatkan paling buruk dalam sejarah bencana banjir Perlis pada awal November lalu, sebanyak 15,159 penduduk dipindahkan.

Pada majlis itu, Raja Muda Perlis menyerahkan bantuan makanan dan peralatan sumbangan pelbagai pihak melalui YTSP bernilai kira-kira RM100,000 kepada Pengarah JKM Perlis Abdullah Ali untuk diagihkan.

YTSP menerima sumbangan kira-kira RM400,000 termasuk makanan dan barangan seperti peralatan mencuci, selimut serta cat.

Yayasan itu juga dijadualkan mengagihkan sumbangan kepada para pelajar sekolah dengan fasa pertama sebanyak 100 buah basikal bernilai RM33,000 dan 100 pasang pakaian seragam badan beruniform sekolah bernilai RM10,000 serta laptop untuk enam buah sekolah pada Isnin ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan