Proton Mahu Keluarkan Pelbagai Variasi Kereta Guna Enjin Campro Turbo

Diterbitkan: Sabtu, 18 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd bercadang mengeluarkan pelbagai variasi kereta menggunakan enjin campro turbo pada tahun depan.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata enjin campro turbo akan memberi kuasa kuda yang lebih berbanding enjin campro yang sedia ada.

"Kita yakin banyak pengguna inginkan lebih kuasa dalam kereta mereka. Ini adalah satu aktiviti yang kita telah mulakan dua tahun yang lepas dan persiapan sudah dibuat dan kereta-kereta yang menggunakan engin campro turbo akan dikeluarkan tahun depan."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pameran bergerak yang mempamerkan kereta Proton terdahulu dan masa kini di sini, Sabtu.

Festival Proton 1Malaysia itu akan mengadakan pameran di 11 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia, yang bermula di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini dan akan termasuk sejumlah 180 peserta dan konvoy 60 kereta Proton, yang termasuk 25 kereta pelbagai kereta rasmi kelab kereta Proton.

Dalam usaha membuat persiapan untuk menembusi pasaran luar negara, Syed Zainal Abidin berkata Proton akan memberikan penekanan dari segi teknologi dan penjenamaan.

Beliau berkata ia adalah penting untuk memastikan kereta Proton sentiasa kompetitif dan relevan kepada pengguna.

Ditanya mengenai pengeluaran kereta hibrid, katanya Proton sedang berkerjasama dengan kerajaan untuk menghasilkan kereta hibrid.

"Kami akan membina kereta hibrid bagi kegunaan kerajaan dan sebagai permulaan ia akan digunakan di Putrajaya dan Cyberjaya," katanya.

"Matlamat kita akan mengeluarkan (kereta hibrid) di dalam pasaran dan ini mungkin akan mengambil sedikit masa," katanya.

"Satu-satunya cara mengurangkan pengeluaran karbon ialah dengan mengeluarkan kereta mesra alam sekitar dan kami ingin memastikan kualitinya baik," katanya.

"Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, kami telah melakukan banyak ujian dan pengesahan ke atas kereta hibrid. Apa yang jelas ialah apabila kami mengambil bahagian di dalam Perlumbaan ke London di Brighton. Ia menunjukkan dengan jelas sistem itu berdaya saing dan relevan.

"Kami perlu mewujudkan banyak kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai pentingnya kereta hibrit," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan