Kes Denggi Di Seluruh Negara Meningkat, 133 Kematian Setakat ini

Diterbitkan: Sabtu, 18 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAPAR: Jumlah kes denggi di Malaysia tahun ini meningkat daripada 39,597 kes dan 84 kematian pada 2009 kepada 45,037 dan 133 kematian sehingga 17 Dis, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 15,964 kes dan 44 kematian, diikuti Johor 4,299 kes dan 12 kematian, dan Sarawak dengan 4,174 kes dan 14 kematian.

Bagi Sabah, negeri ini berada dalam tahap sederhana dengan 2,063 kes dan tiga kematian setakat ini, katanya selepas melancarkan Karnival Mesra anjuran Hospital Daerah Papar dekat sini, Sabtu.

"Tetapi ia tidak bermakna kita harus leka dan tidak prihatin untuk melakukan pencegahan (kes denggi), katanya.

Lima kawasan di Sabah masih dianggap kawasan aktif denggi iaitu Kampung Pasir Putih dan Kampung Jawa di Tawau, Taman Wira Jaya dan Kampung Limbungan di Tuaran dan Kampung Lipong di Beluran.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata penyakit kardiovaskular merupakan antara penyebab utama kemasukkan di hospital kerajaan pada 2009, menyumbang 6.9 peratus daripada keseluruhan punca kemasukkan ke hospital.

Daripada segi kematian akibat penyakit, penyakit kardiovaskular merupakan punca utama kematian dengan 16.1 peratus, diikuti septisemia 13.8 peratus dan kanser 10.9 peratus, katanya.

Pada 2008, beliau berkata didapati 47 peratus kematian di hospital kerajaan adalah akibat sakit jantung dan serangan angin ahmar membabitkan golongan yang masih produktif.

Sehubungan itu, Rosnah mengingatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan mereka dengan mengambil pemakanan seimbang dan amalan gaya hidup sihat.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan