Jui Meng Dilantik Sebagai Naib Presiden PKR

Diterbitkan: Sabtu, 18 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor Chua Jui Meng dilantik sebagai Naib Presiden parti itu bersama dua lagi anggotanya iaitu Ketua PKR Sarawak Baru Bian dan peguam N. Surendran, Sabtu.

Mereka merupakan antara beberapa calon, yang kalah dan menarik diri pada pemilihan PKR, dilantik hari ini bagi menganggotai Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang diumumkan oleh Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dengan tiga lagi dilantik ke jawatan itu, jumlah Naib Presiden PKR bertambah sebanyak dua orang berbanding sebelum ini hanya lima orang sahaja memegang jawatan.

Dr Wan Azizah, yang membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan mesyuarat MPP PKR di sini, turut mengumumkan pembentukan dua biro baru iaitu biro politik dan biro guaman.

Biro Politik itu dianggotai oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas timbalan presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Anggota Parlimen Subang R.

Sivarasa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas Dr A. Xavier Jayakumar dan bekas naib presiden Mustaffa Kamil Ayub, yang juga pengarah latihan yang baru dilantik.

Sementara itu Biro Guaman, yang diketuai oleh Latheefa Koya, bertanggungjawab membela ahli-ahli PKR yang ditahan oleh pihak berkuasa terutama semasa perhimpunan haram parti itu, katanya.

Dr Wan Azizah turut memaklumkan bahawa Dr Mohd Nor Manuty dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Latheefa, sementara jawatan Pengarah Strategi diambil alih oleh Rafizi Ramli daripada Tian Chua yang kini memegang jawatan Naib Presiden parti.

Sementara itu, Saifuddin Nasution kekal sebagai setiausaha agung parti, dan William Leong sebagai bendahari, manakala Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali turut dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR menggantikan Fuziah Salleh, yang kini memegang jawatan Naib Presiden parti.

Mengenai dakwaan bahawa Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, yang dilantik sebagai timbalan setiausaha agung parti itu menolak jawatan tersebut kerana kecewa dengan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini, beliau berkata Badrul Hisham telahpun bersetuju menerima jawatan itu.

Mengulas mengenai gabungan muka baru dan lama dalam MPP yang baru diumumkan itu, beliau berkata perkara itu adalah satu strategi dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menyentuh mengenai pemilihan MPP di peringkat negeri, Dr Wan Azizah berkata ia tidak dapat dijalankan kerana rundingan di antara ketua-ketua cabang masih berjalan berikutan perlembagaan yang baru dipinda.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan