Chegu Bard Timbalan Ketua Setiausaha PKR?

Diterbitkan: Sabtu, 18 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Desas-desus bekas Anggota Majlis Pemilihan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih menjadi tanda-tanya.

Badrul, atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata sehingga kini beliau masih tidak dimaklumkan akan perkara itu.

"Saya belum mengetahuinya lagi," katanya ketika menjawab pertanyaan media berhubung perkara ini di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian pada sidang media Konvoi Anak Muda Reformasi Rembau-Permatang Pauh yang akan dijalankan pada 24-26 Disember ini.

Konvoi motosikal berkuasa rendah terbesar dan yang pertama kali diadakan ini melibatkan anak muda pelbagai latar belakang yang diharapkan mampu menjadi agen perubahan dalam politik negara.

Bekas calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata, dia tidak akan memberi sebarang kenyataan selagi tidak mengetahui kebenarannya.

Keputusan sama ada beliau akan menerima jawatan itu seperti mana yang didakwa juga tidak dapat dibuat selagi ianya tidak dimaklumkan sendiri kepadanya walaupun ia benar.

"Ini bukan persoalan betul atau tidak betul. Apa-apa pun saya mahu dimaklumkan dulu," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan akan terus setia kepada PKR apabila dikatakan akan mengikut Datuk Zaid Ibrahim menyertai Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

"Saya masih sayangkan parti ini dan kesetiaan saya tidak berbelah-bahagi.

"Apa yang saya desak adalah proses pembaikan dalam parti," jelasnya.

Beliau turut menafikan menerima tawaran Zaid untuk menyertai Kita seperti mana yang dijelaskan sebelum ini.

"Saya rapat dengan beliau (Zaid) dan sering berhubung. Mungkin kerana menghormati saya, beliau tak pernah bercakap tentang ini dengan saya," ujarnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan