Senarai 14 Barangan Terkawal Sempena Krismas

Diterbitkan: Jumaat, 17 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan penetapan harga maksimum borong dan runcit bagi 14 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Krismas pada 25 Disember.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penetapan harga itu akan dikuatkuasakan selama lima hari bermula Khamis depan di 146 kawasan dan daerah di seluruh negara.

"Di bawah skim tersebut, daging paha kambing biri-biri import bertulang diperkenalkan sebagai barang harga terkawal.

"Tujuannya adalah untuk memperkemaskan kawalan mengikut spesifikasi barang yang diimport yang berada di pasaran, agar penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya kepada pemberita di sini.

Senarai barang tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam belanda import, daging lembu tempatan, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, telur ayam Gred A, telur ayam Gred B, telur ayam Gred C, tomato dan cili benggala hijau.

Ismail Sabri berkata sebanyak 2,044 harga maksimum borong dan 2,044 harga maksimum runcit telah ditetapkan sepanjang lima hari skim itu dilaksanakan.

Sebagai contoh, harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal untuk Wilayah Persekutuan ialah ayam hidup RM6.10 sekilogram, ayam standard (RM7.20), ayam super (RM8.05), ayam belanda import (RM25), daging lembu tempatan (RM20), daging kambing tempatan bertulang (RM30), daging kambing biri-biri import bertulang (RM20).

Daging kambing biri-biri import tanpa tulang (RM24), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM24), telur ayam Gred A (RM0.36 sebiji), Gred B (RM0.35), Gred C (RM0.34), tomato (RM5 sekilogram) dan cili benggala hijau(RM10).

Beliau berkata peniaga diwajibkan menjual barang tersebut tidak melebihi harga maksimum serta meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain.

Ismail berkata peniaga individu yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim itu boleh didenda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun, atau dikompaun sehingga RM7,500 mengikut Akta Kawalan Harga 1946.

"Bagi syarikat, mereka boleh didenda maksimum RM25,000 atau dikompaun sehingga RM12,500," katanya.

Ismail Sabri berkata skim itu dilaksanakan bagi membolehkan pengguna memperoleh barangan keperluan di musim perayaan pada harga berpatutan dan bagi menyekat peningkatan harga yang melampau.

Katanya, pengguna boleh membuat aduan kepada kementerian jika mendapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan di talian bebas tol 1-800-886-800 atau melalui e-aduan@kpdnkk.gov.my atau pejabat kementerian itu di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan