Rosmah Cadang Penganjuran Tilawah Istimewa Al-Quran Peringkat Antarabangsa - Berita Semasa | mStar

Rosmah Cadang Penganjuran Tilawah Istimewa Al-Quran Peringkat Antarabangsa

Diterbitkan: Jumaat, 17 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan penganjuran tilawah istimewa membaca Al-Quran di peringkat antarabangsa bagi mengiktiraf golongan cacat penglihatan.

Beliau berkata usaha itu mampu mengangkat peranan Malaysia sebagai negara Islam yang dinamik dan progresif.

Rosmah mengutarakan cadangan itu pada Majlis Kasih Sejuta Harapan yang bertemakan "Menjana Transformasi Ummah Berwawasan Melalui Al-Quran" di sini malam Jumaat.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan Al-Quran dalam bentuk tulisan braille kepada 200 penerima cacat penglihatan.

Rosmah berkata usaha pertubuhan bukan kerajaan menghasilkan Al-Quran sedemikian, yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), adalah sangat membanggakan.

"Mereka (NGO) bukan sahaja mengajar tetapi juga menghasilkan Al-Quran braille," katanya yang berharap lebih banyak kelas pengajian Al-Quran dalam bentuk braille dibuka bagi memberi peluang kepada golongan cacat penglihatan mendalami ilmu Al-Quran. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan