Penempatan Semula Guru Kerana Kekurangan Kritikal Guru BI

Diterbitkan: Jumaat, 17 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menjelaskan bahawa pelaksanaan penempatan semula guru-guru ke daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam, Selangor perlu dilakukan untuk menampung kekurangan guru Bahasa Inggeris (BI) yang amat kritikal di kedua-dua daerah.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, guru-guru yang ditempatkan semula itu adalah dari daerah yang terdapat lebihan guru Bahasa Inggeris dengan ketara seperti daerah Klang, Petaling Perdana, Petaling Utama dan Hulu Langat.

"Pengisian jawatan guru di sekolah-sekolah sepatutnya mengikut keperluan opsyen, tetapi didapati taburan guru tidak seimbang antara sekolah dalam daerah, begitu juga taburan guru antara daerah dalam negeri dan antara negeri.

"Pelaksanaan penempatan semula ini merupakan satu langkah proaktif untuk memastikan dasar Memperkasakan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dapat dilaksanakan dan mencapai matlamatnya," menurut kenyataan itu.

Penempatan semula itu turut melibatkan guru-guru opsyen Bahasa Malaysia yang berlebihan di daerah seperti Sabak Bernam dan Kuala Langat yang perlu digerakkan ke daerah-daerah lain.

Menurut Kementerian Pelajaran, semua guru terlibat diberi peluang untuk membuat rayuan dan setiap rayuan yang dikemukakan diberi penelitian dan pertimbangan sewajarnya.

Dalam satu laporan media Khamis, 100 orang guru, terdiri daripada 84 guru BI dan 16 guru BM melahirkan rasa tidak puas hati akibat dipindahkan ke sekolah baru yang jauh dari tempat tinggal mereka.

Menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), langkah penempatan semula ini dilihat membebankan guru-guru terbabit dan memohon agar kerajaan menimbangkan semula langkah daripada segi faktor jarak, keluarga dan kesihatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan