Jangan Saman Syabas, Nasihat Chin Kepada Kerajaan Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 17 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui menyeru kerajaan negeri Selangor dan syarikat-syarikat air di negeri itu untuk mengambil sikap bertolak ansur sebagai pendekatan akhir untuk menyelesaikan masalah sekarang.

Jika kerajaan Selangor mengambil tindakan mahkamah terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), ia akan menggangu usaha rundingan terus untuk mengambil alih aset di negara itu daripada peserta, katanya.

"Pandangan saya ialah jika ada peluang untuk menyelesaikan isu itu secara baik, kita harus menggunakan peluang itu.

"Saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah tetapi kita juga perlu ingat ini bukan satu kes yang mudah kerana ia melibatkan hak kontrak dan perbezaan dalam apa yang dianggap pendekatan menyeluruh," katanya.

Beliau berkata kerajaan Selangor tidak patut mengambil tindakan mahkamah terhadap Syabas apabila ia telah diberi kebenaran oleh kerajaan persekutuan untuk membincangkan kemungkinan membeli empat peserta industri air di Selangor.

Mereka adalah Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Bhd dan Konsortium Abass Sdn Bhd.

"Apabila anda ke mahkamah, kedudukan menjadi terikat. Anda mahu mahkamah membuat keputusan apabila Selangor dan Syabas sebenarnya patut mencari penyelesaian menang-menang.

"Penyelesaian menang-menang boleh didapati jika kita tidak membuat pendekatan keras," kata Chin.

Pada Rabu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sedang menunggu masa yang sesuai untuk membawa Syabas ke mahkamah untuk memastikan lesen pengagihan airnya ditarik balik.

Beliau mendakwa program Tabung Budi Syabas adalah bertentangan dengan perjanjian konsesi air. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan