Empat Produk Kesihatan Keluaran Balung Diperkenal

Diterbitkan: Jumaat, 17 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rosnah Abdul Rashid Shirlin (dua dari kanan) ketika melancarkan produk kesihatan Balung baru-baru ini. Dua dari kiri Natasha M Ozeir.
Rosnah Abdul Rashid Shirlin (dua dari kanan) ketika melancarkan produk kesihatan Balung baru-baru ini. Dua dari kiri Natasha M Ozeir.

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar produk kesihatan Balung Natural Herbal Sdn Bhd memperluaskan lagi pasaran dengan memperkenalkan produk kesihatan berasaskan herba terbaru.

Produk-produk berkenaan ialah Jus Noni (jus mengkudu), Java Teh (Misai Kucing), Balung Aren Syrup (getah manis pokok kabung) dan Lemon Grass Tea (teh serai).

Pengasas produk berkenaan, Natsha M Ozeir berkata, produk-produk berkenaan dikeluarkan oleh syarikat induknya iaitu Kebun Rimau Sdn Bhd yang bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.

Kata Natasha, ekstrak produk berkenaan di proses di kilang milik mereka yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah dan dijamin seratus peratus tidak mengandungi bahan pengawet.

“Produk yang dikeluarkan syarikat kami ini tidak mengandungi sebarang bahan tambahan sebaliknya ia seratus peratus asli.

“Produk ini amat baik untuk kesihatan kerana kita semua sudah mengetahui tumbuhan-tumbuhan hijau yang dijadikan mampu mengubat pelbagai penyakit,” katanya pada majlis pelancaran produk berkenaan di Hotel Concorde, di sini, baru-baru ini.

Ia turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Menurut Natasya, produk teh serai amat berkesan dalam menghasilkan perkumuhan air kencing selain bertindak membersihkan tubuh dengan penyahtoksikan hati, pankreas, buah pinggang, pundi kencing dan saluran penghadaman.

Sementara Balung Aren Syrup digunakan sebagai remedi tradisional untuk penghadaman, selesema, sindrom resdung, jangkitan virus dan batuk serta sakit tekak.

“Bagi Java Teh pula, ia dapat merawat penyakit sengal-sengal tulang serta penyakit gout manakala Noni Jus mampu memperbaiki sistem daya tahan badan, masalah saluran darah, rasa mengantuk dan penyakit buah pinggang,” katanya.

Jelas beliau, buat masa ini produk berkenaan boleh didapati melalui pembelian terus dengan menghubungi pihak Balung Natural Herbal Sdn Bhd menerusi talian 03-77278133 atau melayari laman web www.balungplantatyion.com

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan