DAP Buat Persiapan Hadapi Pilihan Raya Kecil Tenang

Diterbitkan: Jumaat, 17 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jentera pilihan raya DAP akan melakukan persediaan bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan memastikan kemenangan berpihak kepada pakatan pembangkang.

Pengerusi Biro Pilihan Raya Kebangsaan DAP Tan Kok Wai berkata mereka akan mengadakan mesyuarat pertama dengan jawatankuasa negeri DAP Johor pada Khamis depan.

"Majlis kepimpinan pakatan belum bermesyuarat bagi membincangkan isu calon yang akan mewakilinya pada pilihan raya kecil Tenang, namun seperti biasa, semua parti dalam pakatan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan di Tenang," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ADUN Tenang iaitu Datuk Sulaiman Taha.

Sulaiman, 59, yang juga pengerusi Bahagian Umno Labis, meninggal dunia pada 1.10 pagi di Hospital Ampang Puteri di sini berikutan komplikasi akibat penyakit diabetes. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan