Bomba Tumpu Tiga Bidang Teras - Ketua Pengarah

Diterbitkan: Jumaat, 17 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menumpukan tiga bidang teras dalam memastikan ia dapat berfungsi dengan lebih berkesan, kata Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata tiga fokus itu ialah operasi pemadaman kebakaran, menyelamat dan keselamatan kebakaran yang merupakan misi dan visi baru yang diketengahkan dalam memperkukuh kecekapan pasukan berkenaan.

"Kecekapan dalam menangani satu-satu operasi atau hal berkaitan keselamatan kebakaran perlu ditingkatkan. Ini kerana masyarakat sudah mula tahu tentang sejauh mana tahap kecekapan dan kepakaran kita," katanya semasa melawat Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jumaat.

Katanya latihan yang berterusan sahaja tidak mencukupi tetapi perlu diiringi dengan penghayatan kerjaya di kalangan anggota.

"Penghayatan dalam kerja secara tidak langsung akan memberikan kita semangat yang tinggi, semangat yang berkobar-kobar ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik sama ada memadam kebakaran, menyelamatkan nyawa dan harta benda, pemeriksaan premis dan sebagainya," katanya.

Menurut beliau kejayaan sesebuah organisasi itu berkait rapat dengan dedikasi dan komitmen yang tinggi pegawai dan anggota di setiap peringkat untuk menjayakannya.

Wan Mohd Nor berkata setiap anggota perlu menjadi pemain yang terbaik serta memainkan peranan dalam pasukan maisng-masing kerana setiap orang daripada mereka bertanggungjawab untuk menaikkan imej jabatan.

Beliau turut menekankan bahawa bekerja sebagai satu pasukan merupakan antara penyumbang kejayaan kepada organisasi tersebut.

Dalam pada masa sama, beliau turut mengarahkan agar segala urusan orang awam dengan jabatan hendaklah diberi perhatian yang serius serta mengambil tindakan dengan cepat dan tepat.

"Apabila ada pelanggan jabatan memohon lesen perniagaan atau perakuan bomba bagi premis mereka, semua urusan seperti pemeriksaan premis sehingga pengeluaran surat sokongan tidak lagi ditangguh dan sekiranya boleh diselesaikan dalam masa satu hari," kata beliau.

Beliau turut menggesa agar lebih ramai lagi pegawai bomba menjadi ahli dalam badan-badan professional contohnya seperti Institution of Fire Engineers (IFE).

"Saya mengharapkan keahlian pegawai-pegawai akan mencapai 100 peratus sama ada dari segi keahlian dan penglibatan pegawai terhadap persatuan dan kelab yang sedia ada dalam jabatan seperti koperasi, kesatuan dan persatuan sukan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan