Allahyarham Sulaiman Nampak Garang Tetapi Penyayang

Diterbitkan: Jumaat, 17 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: "Beliau seorang yang penyayang walaupun mukanya nampak garang," kata Ketua Wanita Umno Bahagian Labis, Haslinda Salleh, merujuk kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang Datuk Sulaiman Taha yang meninggal dunia awal hari Jumaat.

Katanya pemergian Sulaiman merupakan satu kehilangan kepada parti dan juga seluruh penduduk setempat kerana Allahyarham merupakan seorang wakil rakyat yang sangat berjasa kepada rakyat.

"Allahyarham menekankan disiplin dalam kerja," kata Haslinda yang mengenali Allahyarham sejak menjadi anggota Puteri Umno.

Sulaiman, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Labis, meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur pada 1.10 pagi akibat komplikasi daripada penyakit kencing manis.

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Mohd Ali Hassan menyifatkan Sulaiman sebagai seorang wakil rakyat yang berwibawa dan sentiasa mengemukakan masalah rakyat kawasannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Johor.

"Bukan sahaja dalam Dewan, Allahyarham akan membawa juga sebarang masalah berkaitan rakyat kepada Menteri Besar Johor," katanya.

Mohd Ali berakta beliau telah lama mengenai Sulaiman dan jasa Allahyarham kepada masyarakat setempat dan parti terlalu banyak.

Anggota Parlimen Labis, Chua Tee Yong, berkata antara sumbangan Allahyarham terhadap penduduk Labis ialah membangunkan Pusat Rekreasi Ayer Panas Labis, dua buah dewan komuniti dan perpustakaan di Tenang Stesen.

"Dari segi perkhidmatan, Allahyarham merupakan seorang yang jujur dalam menjalankan tugasnya. Terlalu banyak jasa beliau yang tidak dapat digambarkan," katanya.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata beliau bagi pihak kerajaan negeri dan Badan Perhubungan Umno Johor merakamkan penghargaan yang mendalam terhadap segala khidmat bakti Allahyarham sepanjang hayatnya.

"Sesungguhnya pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan kepada Johor khususnya penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang dan Umno Bahagian Labis.

"Semoga Allah memberi rahmat ke atas roh Allahyarham," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan