Tiket Perjalanan Terus Dari Ipoh Ke KLIA Dilancar

Diterbitkan: Khamis, 16 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Orang ramai kini boleh menggunakan perkhidmatan kereta api terus dari sini ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dengan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar yang melancarkan perkhidmatan itu di Stesen Kereta api Ipoh di sini berkata dengan menggunakan perkhidmatan Tren KLAI Express, pengguna boleh membeli tiket untuk ke KLIA di Ipoh tanpa perlu lagi mendapatkan tiket ke lapangan terbang antarabangsa itu di Stesen KL Sentral.

"Apabila sampai di Stesen KL Sentral, pengguna tidak perlu membeli tiket lagi, tetapi hanya bertukar menaiki Tren KLIA Express menuju ke KLIA," katanya dan menambah bagi perkhidmatan ke LCCT pula, pengguna akan turun di perhentian Salak Tinggi dan dibawa ke LCCT dengan bas.

Bagi perjalanan dari Ipoh ke KLIA, tambang promosi sehingga 28 Februari ini ialah RM65 untuk dewasa dan RM34 untuk kanak-kanak, manakala perjalanan dari Ipoh ke LCCT pula RM42.50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak.

Sehubungan itu, beliau berharap dengan adanya perkhidmatan ETS, pengguna boleh menjimatkan masa untuk ke destinasi tersebut selain dapat menarik ramai pelancong ke Perak.

"Perkhidmatan Tren Elektrik yang memulakan operasi 12 Ogos lalu menerima sambutan hangat penumpang terutamanya bagi perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur," kata Syed Hamid.

Perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur mengambil masa dua jam untuk perjalanan sehala.

Turut hadir Presiden Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Dr Aminuddin Adnan dan Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd Noormah Mohd Noor. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan