Pengantungan Wakil Rakyat PR Tidak Beri Kelebihan Dua Pertiga Kepada BN

Diterbitkan: Khamis, 16 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dengan perkembangan terbaru yang menyaksikan jumlah kerusi barisan pembangkang di Dewan Rakyat dikurangkan dari 77 kepada 73 sahaja ekoran pengantungan yang dikenakan ke atas empat orang wakilnya, tidak bermakna Barisan Nasional (BN) kini memiliki majoriti dua pertiga.

Keputusan ini sebenarnya hanya menyaksikan barisan pembangkang kehilangan satu pertiga majoriti di Dewan Rakyat.

Walaupun ada suara yang mengatakan dengan perkembangan ini, BN akan memperolehi suara majoriti dua pertiga dan boleh meluluskan apa juga rang undang-undang tanpa menghadapi banyak masalah tetapi sebenarnya tidak begitu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz berkata, kekurangan jumlah anggota pembangkang sebenarnya tidak memberi apa-apa kelebihan kepada BN.

"Kita ada 137 kerusi. Dua pertiga bermakna kita memerlukan 148 kerusi daripada 222 wakil rakyat di parlimen," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan khas di Lobi Parlimen, Khamis bagi menjawab segala dakwaan yang berkata dengan pengantungan empat orang anggota pembangkang, BN kini memiliki kelebihan majoriti dua pertiga.

Nazri juga berkata, kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membentangkan apa-apa pindaan ke atas mana-mana undang-undang termasuklah meminda Perlembagaan Persekutuan sepanjang tempoh pengantungan wakil-wakil pembangkang itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan