PAS Tidak Tangguh Muktamar Biarpun Pilihan Raya Hampir

Diterbitkan: Khamis, 16 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHRU: PAS tidak bercadang menangguhkan muktamar agung parti itu tahun hadapan walaupun pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tak ada sebab PAS hendak berbuat demikian," katanya kepada pemberita ketika dtemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka dekat sini, Khamis.

Beliau ditanya kemungkinan PAS menangguhkan pemilihan pada muktamar agung parti itu tahun depan, jika pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Umno sebelum ini mengumumkan keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti itu yang dijadual tahun depan.

Nik Aziz juga berkata beliau tidak bercadang untuk meletak jawatan walaupun dilihat sentiasa uzur kerana baginya memegang jawatan menteri besar bukan memerlukan tenaga fizikal tetapi akal fikiran.

Bagaimanapun, katanya, jika parti tidak lagi mahu beliau memegang jawatan itu beliau boleh berundur bila-bila masa.

"Kalau parti suruh saya behenti, hari ini juga saya boleh berhenti," katanya.

Ditanya sama ada sudah ada pengganti yang bakal mengambil alih tempatnya jika beliau berundur nanti, Nik Aziz berkata calonnya sudah ada.

"Calonnya ada banyak, kalau dulu pemimpin PAS kita nampak terdiri daripada orang pondok, tetapi sekarang sudah banyak yang mempunyai kebolehan kerana mempunyai kepakaran dalam segenap bidang," katanya.

Mengenai kesihatannya, Nik Aziz berkata, beliau dinasihatkan doktor supaya banyak berehat dan tidak melakukan gerakan melibatkan pergerakan tulang belakangnya dan beliau akan membuat rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian esok.

Nik Aziz dimasukkan ke hospital itu Ahad lalu selama tiga hari kerana masalah sakit belakang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan