Kerajaan Selangor Nafi Ambil Alih Pengurusan Sisa Pepejal

Diterbitkan: Khamis, 16 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menafikan dakwaan bahawa anak syarikat kerajaan negeri itu, Worldwide Holdings Sdn Bhd, akan mengambil alih kontrak pengurusan sisa pepejal dari Alam Flora Sdn Bhd.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri masih memberikan kontrak pengurusan sisa pepejal kepada Alam Flora dengan kontrak disambung pada setiap bulan.

"Isu ini memang sentiasa dibincangkan memandangkan satu pertiga daripada pendapatan keseluruhan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diperuntukkan bagi perkhidmatan menyelia sisa pepejal," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco negeri di sini.

Beliau menafikan dakwaan bahawa surat penamatan perkhidmatan sudah dihantar kepada Alam Flora.

Abdul Khalid diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang menyebut kerajaan negeri akan menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal sejak 1998 oleh Alam Flora dan diberikan kepada anak syarikat kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata tidak timbul isu sama ada Kerajaan Selangor akan mengambil alih pengurusan sisa pepejal daripada Alam Flora.

Kerajaan negeri, katanya, memberikan keutamaan kepada syarikat yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik untuk menguruskan sisa pepejal di negeri itu.

"Jika Alam Flora berjaya membuktikan perkhidmatan mereka lebih baik, jadi kita akan kekalkan mereka dan sehingga hari ini kita masih menggunakan perkhidmatan Alam Flora," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan