Kementerian Pelajaran Bersedia Hadapi Sesi Persekolahan Baru

Diterbitkan: Khamis, 16 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran bersedia sepenuhnya menghadapi sesi persekolahan baru tahun 2011 termasuk daripada segi bekalan buku teks, kelengkapan bilik darjah, keperluan guru serta pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang akan dilaksanakan mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata walaupun ada beberapa kekurangan kerusi dan meja di Sabah, dan sedikit kekurangan guru, langkah sewajarnya telah diambil bagi mengatasinya.

Muhyiddin juga berkata seramai 457,760 kanak-kanak akan memasuki Tahun Satu manakala Tingkatan Satu melibatkan 474,803 orang pelajar.

"Kita nak pastikan semua sekolah berada dalam keadaan 100 peratus bersedia dalam aspek pengurusan dan keperluan untuk menghadapi sesi persekolahan baru tahun 2011.

"Dengan persiapan rapi ini pihak kementerian percaya kita akan dapat meningkatkan keyakinan ibubapa dan masyarakat terhadap institusi pendidikan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2011 di Bangunan Parlimen di sini.

Muhyiddin berkata beliau telah memberi arahan agar 6,012 set kerusi dan meja plastik disediakan untuk sekolah di Sabah bagi mengatasi kekurangan sebelum sekolah dibuka.

Bagi negeri yang mana cuti jatuh pada Ahad (kumpulan A), hari persekolahan bermula pada 2 Januari 2011 manakala untuk kumpulan B, hari persekolahan bermula pada 3 Januari.

Muhyiddin berkata jumlah hari persekolahan 2011 termasuk cuti am adalah 210 hari dan cuti penggal 78 hari.

Beliau berkata daripada segi bekalan buku teks pula, arahan telah dberikan agar apabila sekolah hendak dibuka, buka-buku teks sudah sampai untuk diagih kepada pelajar.

Katanya sekolah rendah akan kekurangan 4,653 guru dan ini akan diisi dengan guru sandaran tidak terlatih atau guru sandaran yang akan dipilih.

Di sekolah menengah pula, kekurangan 3,720 orang guru akan turut diisi dengan guru sandaran.

Timbalan Perdana Menteri berkata keperluan bagi gurubesar dan pengetua secara umum dapat dipenuhi, di mana untuk jawatan gurubesar di sekolah rendah, hanya 13 belum diisi dan ini akan turut diisi, manakala untuk pengetua sekolah menengah, ia melibatkan kekurangan 63 pengetua, yang akan diisi dalam tempoh seberapa segera.

Katanya kementerian akan membuka 66 sekolah baru tahun depan.

Muhyiddin berkata bagi memastikan sekolah-sekolah mempunyai jumlah guru dan pengajar mencukupi, kementerian telah mula mengambil langkah menukar guru-guru ke kawasan yang mana diperlukan mengikut opsyen dan kelayakan mereka.

"Ini untuk menampung keperluan guru dalam bidang matapelajaran tertentu. Ini pun telah kita keluarkan pekeliling. Tujuannya penukaran ini adalah untuk mengawal dan memantau keperluan guru bagi setiap sekolah, memastikan keperluan opsyen diutamakan dalam urusan pertukaran dan penempatan dan untuk meminimumkan berlakunya ketidak sepadanan.

"Maknanya kita nak hantar guru yang sesuai di sekolah untuk mengajar dalam bidang matapelajaran yang sesuai," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata perkara lain akan turut diberi perhatian antaranya aspek keselamatan dan kebersihan makanan di kantin agar ibubapa tidak merasa bimbang mengenai aspek ini dan juga mengenai isu jenayah.

Timbalan Perdana Menteri mahu tandas di sekolah sentiasa dalam keadaan sempurna kerana ada tandas sekolah yang rosak atau kotor.

"Kita akan bincang dengan pihak kontrakor yang menjaga ini supaya kekerapan mengurus kawasan tandas sekolah dapat dipertingkatkan lagi.

"Di samping itu mungkin pihak sekolah dapat menjadual waktu mana pelajar kita boleh mengambil bahagian secara yang sesuai untuk mereka menjaga kebersihan tandas di sekolah," katanya.

Mengenai kejadian buli, Muhyiddin berkata walaupun peratusannya amat kecil, beliau berharap agar kes seperti itu tidak berlaku langsung.

Beliau meminta guru disiplin sentiasa memantau keadaan.

"Kita juga mungkin meminta supaya pihak berkuasa keselamatan di kawasan tertentu bekerjasama dengan gurubesar dan pengetua kalau mereka dapati ada di sekolah mereka pelajar melakukan sesuatu ataupun dihadap dengan ugutan di luar sekolah. Maka pengetua dan gurubesar juga boleh terlibat membantu selesaikan masalah itu dengan kerjasama pihak keselamatan ataupun polis," katanya.

Muhyiddin berkata bahawa tahun 2011 juga akan menyaksikan pelaksanan beberapa dasar termasuk KSSR, yang bermula dengan Tahun Satu.

Beliau berkata jumlah masa diperuntukkan untuk pelaksanaan KSSR ialah 1,380 minit seminggu dan satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit setiap satu.

Satu lagi dasar ialah "satu murid satu sukan", di mana kementerian mahu ini dilaksana sepenuhnya mulai 2011.

Muhyiddin berkata walaupun sekolah di negara ini terletak di pelbagai kawasan seperti bandar, luar bandar dan pedalaman, itu tidak harus menghalang mereka daripada mengadakan program sukan yang sesuai bagi sekolah masing-masing.

"Murid yang tidak mengalami masalah kesihatan wajib dia daftar untuk dia ambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

"Dan sekolah hendaklah mengopitum penggunaan kemudahan peralatan dan kepakaran yang sedia ada di sekolah atau kawasan sekitarnya dengan mengutamakan keselamatan murid," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan