Jangan Bebankan Ibu Bapa Dengan Bayaran Tambahan Yang Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 16 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bayaran-bayaran tambahan persekolahan bagi sesi persekolahan baru 2011 hendaklah berdasarkan pada pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian tidak mahu melihat para ibu bapa dibebankan dengan pembayaran-pembayaran yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah kepada mereka.

Sesi persekolahan 2011 akan bermula pada 2 Januari di Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri-negeri lain akan bermula 3 Januari.

Namun, jika pihak sekolah berpendapat perlu sedikit sumbangan dari ibu bapa, maka ini boleh dilakukan tetapi mengikut prosedur yang ditetapkan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2011 di Bangunan Parlimen di sini.

Ini perlu dilakukan menerusi mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk mendapatkan persetujuan, katanya.

"Apapun kalau pihak sekolah berpendapat ia perlu mendapatkan sedikitsumbangan dari ibu bapa untuk usaha-usaha menambah baik lagi pembelajaran di sekolah, maka perkara itu boleh dibuat menerusi mesyuarat PIBG."

"Maknanya kalau dia kata nak tambah lagi entah beberapa ringgit...dia boleh buat tapi bila PIBG bermesyuarat dan bersetuju barulah mengemukakan permohonan kepada pihak pendaftar iaitu pengarah kita di peringkat negeri untuk mendapatkan kelulusan dan kita nak supaya jangan dibebankan ibu bapa dengan pembayaran-pembayaran yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah pada keluarga," katanya.

Mesyuarat hari ini diadakan untuk membincangkan mengenai pengurusan dan keperluan sesi persekolahan baru itu yang berlangsung lebih kurang dua jam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan