Zaid Sah Presiden Baru Kita

Diterbitkan: Rabu, 15 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim sebulat suara dilantik sebagai Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita), nama baru bagi Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) pada Muktamar Agung Tahunan parti tersebut, Rabu.

Beliau menggantikan Zakaria Salleh yang memberi laluan kepadanya menerajui parti itu.

Zakaria sebelum ini dipilih sebagai presiden baru parti itu bagi menggantikan Hanafi Mamat dalam mesyuarat agung tahunan parti itu pada 26 Disember 2009.

"Kita ialah parti berbilang kaum yang menghormati demokrasi rakyat ," katanya dalam ucapan penggulungan beliau pada mesyuarat tersebut di Tropicana Gold Resort di sini, Rabu.

Sementara itu, Zaid berkata, Kita akan mempamerkan lambang baru, matlamat serta memperkenalkan beberapa pemimpin baru yang akan menyertainya pada 19 Januari ini.

Pada tarikh tersebut, beliau akan membentangkan pindaan perlembagaan parti yang dilakukan serta perubahan struktur kepemimpinan.

Jelas beliau, parti baru itu mempunyai seorang Ketua Parti tetapi tidak mempunyai Naib Presiden Timbalan Presiden.

"Akan ada Jawatankuasa Pusat yang dipilih oleh ahli-ahli dan parti ini tidak ada banyak cawangan. Setiap negeri mempunyai satu cawangan sahaja.

"Dengan itu, pentadbiran akan lebih tersusun dan lebih demokratik," katanya.

Bagaimanapun katanya, penggunaan lambang baru parti dan pindaan perlembagaan parti itu memerlukan kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan.

Pada 8 November lalu, bekas menteri itu yang menyertai persaingan untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR, bertindak keluar dari parti itu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan