Syiar Islam Tidak Boleh Ditingkatkan Hanya Dengan Slogan: Najib

Diterbitkan: Rabu, 15 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata syiar Islam tidak boleh ditingkatkan dan ummah tidak dapat dibangunkan hanya berdasarkan slogan semata-mata.

Perdana Menteri berkata perubahan kepada umat Islam hanya akan menjadi kenyataan hanya jika ia diperjuangkan dan dengan kerajaan mengisi kerohanian umat Islam sebenarnya dengan pelbagai usaha berterusan.

"Ada pihak cenderung untuk meluahkan slogan 'membangun bersama Islam' dan mereka cenderung juga menggantung kain rentang sepanjang jalan dan sebagainya.

"Tetapi ini merupakan slogan dan kata-kata yang digantung pada pagar dan pokok (sahaja). Tetapi apakah kalau kita gantung slogan, betapa indah slogan sekalipun, adakah itu yang sebenarnya membawa kepada pembangunan ummah pada hari ini?" katanya semasa merasmikan Masjid Sayyidina Ali di Bukit Katil dekat sini, Rabu.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Najib berkata orang yang boleh berfikir secara rasional tanpa emosi sahaja yang akan mengetahui bahawa slogan seperti itu tidak akan membawa kepada perubahan kepada umat islam.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah melakukan pelbagai usaha membangunkan ummah seperti membina masjid dan surau selain menambah elaun imam dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dengan perbelanjaan berjuta-juta ringgit setiap tahun.

Mengenai peranan masjid di negara ini, beliau berkata ia membolehkan umat Islam menjalani ibadat dengan selesa dan selamat.

"Tidak ada negara lain di dunia ini yang menyediakan peluang sedemikian," katanya.

Najib berkata masjid juga bukan hanya berperanan sebagai tempat ibadat tetapi juga boleh dijadikan pusat percambahan fikiran, pusat kebajikan dan yang paling utama sebagai pusat penyatuan umat terutamanya masyarakat tempatan.

Masjid Sayyidina Alim yang dibina dengan kos RM6 juta boleh menampung seramai 2,500 orang pada satu-satu masa dan turut menyediakan kemudahan kediaman untuk pekerjanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan