Sudah Tiba Masanya Perdaganan Beralih Kepada Penggunaan Dinar Emas - Dr M

Diterbitkan: Rabu, 15 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar US yang semakin merosot, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding penggunaan dolar Amerika ketika ini.

"Sebelum ini, US$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan US$1,400. Ini bermakna dolar US sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang fiat...nilainya merosot dengan pantas dan banyak tetapi emas tidak susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Ke-dua (2LIFE) yang berakhir di sini, Rabu.

"Ini tidak bermakna kita perlu membawa emas dan membuat pembayaran dagangan berasaskan nilai emas yang boleh dilakukan melalui transaksi lain," katanya. Mengenai penggunaan dinar emas di Kelantan, beliau berkata keadaan ketika ini tidak sesuai untuk menggunakan emas sebagai mata wang tetapi lebih sesuai digunakan untuk perdagangan import dan eksport.

Mengenai sistem kewangan Islam, Dr Mahathir berkata ia sepatutnya digunakan untuk membantu negara-negara Islam yang miskin supaya sehingga semua negara tidak lagi miskin.

"Ada negara Islam kaya dan ada yang miskin. Patut ada imbangan. Kita gunakan kewangan Islam kita untuk menabur kepada negara yang miskin. Guna pasaran Islam yang baik...mereka jadi kaya," katanya.

Katanya apa yang penting sistem Islam itu berkembang dengan sendiri dan negara-negara Islam menggunakannya untuk manfaat negara-negara Islam.

"Kewangan Islam akan menjadi (berkesan) bila kita berjaya. Sekarang ini kita lihat orang bukan Islam pun gunakan perbankan Islam...sukuk semua tu. Kewangan Islam ini penting." "Kalau tak faham selok belok bank dan cara nak bayar hutang, kita takkan dapat manfaat sepenuhnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan