Rosmah Terima Darjah Utama Negeri Melaka Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 15 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menerima Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) pada sesi khas Istiadat Penganugerahan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau menerima anugerah tertinggi kerajaan Melaka itu, yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, daripada Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob.

Anugerah itu sempena Hari Jadi ke-72 Mohd Khalil pada 9 Okt lepas dan Rosmah mendahului senarai 934 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, barisan Exco dan pemimpin negeri. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan